Wednesday, October 26, 2005

...menjelangnya Aidilfitri..hehe

ahaa...ni sajer jer nak share...mana tau ada yg nak cuba...especially utk aishah@chik (sowii lambat) :).

KEK LAPIS KEJU


Bahan2nya:
15 biji kuning telur (disejukkan terle
bih dahulu)
3.1/2 biji putih telur
3 sudu besar susu pekat
450 gm mentega (dipukul dlm bekas lain)
1.1/2 sudu kecil pewarna kuning
337 gm gula halus
268 gm tepung gandum
3 sudu besar Ovallette
1 pek keju (diparut dan ditabur di atas lapisan)

Cara2 membuatnya:
1) Telur dan gula dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan susu dan pukul lagi.
2) Masukkan tepung dan Ovallette dan pukul lagi hingga pekat.
3) Barulah masukkan pewarna kuning dan mentega (yg telah dipukul).
4) Bakar lapisan pertama (sbyk 4 sudu makan) dengan api atas sahaja. Setelah masak, parut dan taburkan keju di atas lapisan tadi. Kemudian masukkan lapisan kedua dan bakar, setelah masak parutkan keju di atasnya. Buat begitu sehingga adunan habis.
5) Setelah adunan habis, barulah dibakar dengan api bawah.
p/s : gunakan acuan 8"x8"

...simple kan??...selamat mencuba! ;)

-----------------------------------------------------------------------------------------------


KEK LAPIS PAGAR ASMARA


Bahan2 (utk di dlm kek)
15 biji kuning telur
3 biji putih telur
12 oz mentega
9 oz gula halus
5 oz tepung gandum
1.1/2 sudu teh rempah kuih (jika suka)
1 su
du teh Ovallette
4 sudu makan susu pekat

Cara2 membuatnya:
1) Mentega, susu dan Ovallette dipukul hingga putih lalu ketepikan dulu.
2) Pukul putih telur hingga kembang lalu masukkan gula dan dipukul lagi.
3) Masukkan kuning telur dan gaul bersama adunan mula2 td.
4) Bahagikan adunan kepada 4 bahagian :
- Hijau
- Ungu
- Merah Jambu
- Kuning

5) Bakar berlapis-lapis dalam loyang 8"x8"x1" sebanyak dua loyang.
(i) Loyang pertama - merah jambu & hijau
(ii) Loyang kedua - ungu & kuning

6) Setelah masak, potong memanjang sebanyak 8 potongan setiap loyang.
---------
Loyang Pertama------------------------------------------ Loyang Kedua------


Bahan2 (utk lapisan atas dan bawah kek)
210 gm mentega
110 gm gula halus
75 gm susu manis (2 sudu makan)
70 gm tepung gandum
7 biji kuning telur
3 biji putih telur
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh Ovallette
Sedikit jem utk melekat potongan kek

Cara2 membuatnya:
1) Mentega, susu dan gula dipukul hingga putih dan ketepikan.
2) Putih dan kuning telur dipukul hingga naik lalu campurkan dengan adunan tadi.
3) Masukkan tepung dan vanilla, gaul hingga sebati.
4) Bakar sebanyak 4 lapis lalu susunkan kek yang telah dipotong tadi kemudian tutupkan lagi dengan 4 lapisan.


} 4 lapis

<--- sapu jem




<--- sapu jem
} 4 lapis



pssstt...chik..kalu kat umah kitorg, kek lapis pagar asmara nih....pagarnya sumer kitorg tumbangkan...hehe :p (kitorang lapiskan mendatar jer..ikut susunan warna sampai adunan abis..landing jer..cam kek lapis keju kat atas)..pepandai ler ikut kreativiti sendiri :).
"SELAMAT MENCUBA"

No comments: