Wednesday, November 16, 2011

Lelaki tembak mati jiran angkara tandas

huhh...pasal tandas pun nak berbunuhan...


Sumber : myMetro

MOSCOW: Seorang lelaki warga Russia ditahan selepas menembak mati seorang jirannya ketika berkelahi mengenai giliran untuk menggunakan tandas yang dikongsi bersama, kata sumber polis kepada agensi berita Interfax, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu yang pernah menjalani hukuman penjara setahun kerana membunuh, mengakui menembak jirannya berusia 49 tahun di sebuah flat di timur Moscow selepas bertengkar mengenai giliran untuk menggunakan tandas.

Pembunuh itu ditahan polis trafik kira-kira 100 kilometer dari Moscow ketika cuba melarikan diri.

Moscow masih mempunyai 50,000 bangunan flat di mana tetangga berkongsi dapur dan bilik air. - AFP 


2 comments:

Unknown said...

kalau rupa tandas macam tu, takut saya nak guna..huhu

macam2 skrg kan, pasal tandas pun nak tembak orang..huhu

iemah said...

ihihi..ganas kan kak..silap2 ada yg kena gigit bontot..ihikss

yerla kan kak..psl benda remeh camtu pun leh bunuh org..kot2 org tu kena ceret beret kot kak..hihi