Sunday, November 27, 2011

Black Pepper Chicken Chop

tetiba teringin nak makan tghari td :)
tgk2 dlm peti ais ada kepingan ayam burger RamlY ...so mcm biasa gi korek resepi kat buku resipi online myresipi.com.

maaf yer...presentation agak kureng sket...sememeh jer :)


Black Pepper Chicken Chop
Sumber : myresipi.com oleh aeeda78

Bahan-bahan (2 orang):
*Untuk diperap*
2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)  *saya td guna kepingan ayam Ramly ;)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa 

Cara-cara:
  1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. Selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. Balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy). 
pssttt : maaf yer chicken chop saya tu agak gelap sket...terlebih garing, resepi dh kata jgn terlalu masak...mmg derhaka betul...ihiks :p





Sos Lada Hitam
Sumber : myresipi.com oleh acik_yarn

Bahan-bahan:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus) *boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung (standby)

Cara-cara:
  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup. nanti tak cantik bile dihidang...apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap.. 
    td takde stok tomato kat umah, so yg aku buat td takde letak tomato (so aku letak sket sos tomato di samping sos cili)...tp rasanya tetap sedap! (ihikss angkat bakul sendirik) :p

    pssttt : sedap jugak kalu makan dgn nasik panas ;)

    No comments: