'Saya tiduri 10 lelaki'
Ikuti pengakuan remaja itu kepada wartawan Metro Ahad, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN yang menemuinya ketika mengikuti satu program kaunseling khusus untuk pelajar bermasalah di Selangor, baru-baru ini.
"SAYA mula mengenali seks pada usia 12 tahun dan kali pertama melakukannya ketika di tingkatan satu, iaitu tahun lalu. Bagi saya, seks satu keseronokan dan saya suka melakukannya bersama mana-mana lelaki yang saya kenal.
Tidak kira di mana tempatnya, kami melampiaskan nafsu serakah masing-masing tanpa mengira soal dosa. Kami melakukannya di mana saja asal ada peluang, sama ada di atas motosikal, tempat duduk belakang kereta, pinggir tasik, semak atau di dalam rumah.
Tempat terbuka seperti di dalam bas pula kami cuma lakukan perkara 'ringan-ringan' dan itu bagi saya perkara biasa. Ketika melakukannya, hanya keseronokan bermain di fikiran.
Pernah saya berkawan dengan 20 lelaki sekali gus.
Saya mengenali mereka melalui kawan. Selepas dua tiga kali jumpa, kami keluar bersama dan bila tidak dapat menahan nafsu, kami melakukan seks di mana saja.
Keluarga tidak tahu aktiviti saya kerana emak dan ayah sibuk bekerja. Malam baru mereka pulang. Di rumah cuma tinggal abang dan kakak, tapi kami buat hal masing-masing. Saya anak bongsu dan kurang mesra dengan abang serta kakak. Saya lebih suka duduk dalam bilik jika tiada aktiviti luar.
Kali pertama kegadisan saya diragut selepas berkenalan dengan rakan lelaki yang lebih senior awal tahun lalu. Kami sama sekolah, hari itu dia ponteng sekolah manakala saya pula bersekolah petang.
Sebelum itu, kami keluar berjalan-jalan sebelum saya mengikut dia pulang ke rumahnya. Tiada siapa di rumahnya pada masa itu. Apabila nafsu menguasai diri, kami mulakan dengan 'ringan-ringan' hinggalah terlanjur.
Kali kedua dan seterusnya, saya melakukannya bersama lelaki lain di lebuh raya yang belum siap. Kami cari tempat gelap dan di atas motosikal pun jadi. Selain lebuh raya, saya pernah melakukan hubungan seks di pinggir tasik, taman rekreasi dan dalam kereta.
Namun, biasanya kami buat di rumah kerana lebih selesa dan 'tenteram'.
Sepanjang tahun lalu, lebih 10 daripada 20 lelaki yang saya jalin hubungan pernah melakukan hubungan seks dengan saya, tetapi bukan beramai-ramai.
Sepanjang melakukannya, pasangan saya tidak pernah guna kondom dan saya bernasib baik tidak mengandung kerana biasanya mereka tahu apa perlu dilakukan.
Untuk tahun ini, dari Januari hingga Februari, saya berkawan dengan empat lelaki yang boleh dikatakan rapat.
Saya tidak nafikan pernah timbul penyesalan, tetapi biasanya ia hanya sementara. Apabila berjumpa rakan, terutama lelaki, perasaan seronok mengatasi rasa bersalah dan nafsu saya sukar dikawal.
Ketika itu, saya tidak fikir mengenai keluarga. Wajah emak dan ayah tidak wujud. Yang saya tahu, nafsu saya mesti dipenuhi kerana keinginan tidak dapat ditahan lagi.
Kini saya menyesal kerana terdetik di dalam diri, sampai bila saya harus jadi begini. Saya seolah-olah perempuan murahan, kerap bertukar pasangan dan mudah diajak melakukan seks.
Dalam usia ini, saya sepatutnya belajar. Kini saya benar-benar menyesal dan pada satu peringkat saya rasa beruntung ia tidak menjadi lebih buruk.
Selepas ini, saya berazam melakukan perubahan dan meninggalkan tabiat lama.
Saya rasa bersalah kepada emak dan ayah yang selama ini menyangka saya anak baik.
psssttt : alahai...dunia akhir zaman... [*tajuk tiada kaitan dgn isi..hehe]
No comments:
Post a Comment