Thursday, February 9, 2006

Puisi Buat Sang Mentari

{ Puisi Suami yg minta izin Poligami }

Isteriku
jika engkau bumi, akulah matahari
Aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku
Ingatlah bahtera yg kita kayuh
begitu penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari bumi
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku
Lalu...
Relakanlah aku menyinari planet lain
menyampaikan faedah adanya aku
kerana sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan diplanet lain...


{ Balasan Puisi sang Isteri }

Suamiku
andai kau memang mentari
sang surya yang memberi cahaya
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu
dan akupun juga
tidak akan merasa kekurangan
dengan sinaran mu

AKAN TETAPIIIIIIII...
Bila kau hanya
sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
belum sanggup kau terangi
Lihatlah diri mu
pada cermin kaca di sudut kamar kita
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu
yang telah aku mengerti
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ???

please lah...!!!


pssttt : ahahaha...adeiii lawak laa :D

No comments: